Setiausaha Agung PBB Ucap Selamat TBC

Menjelang ketibaan Tahun Kuda, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada masyarakat yang menyambut perayaan itu di seluruh dunia, menerusi pautan video pada Isnin.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan kukuh China kepada multilateralisme dan solidariti global.

Guterres berkata kuda adalah simbol tenaga, kejayaan dan semangat gagah berani. 

“Sifat itu amat diperlukan tatkala dunia berdepan konflik, ketidaksamaan dan krisis iklim,” ujar beliau.