Konsert Muzik Filem China-Itali “Janji Romantis: Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2026 dan Sukan Musim Sejuk dalam Tempoh Sama” anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Besar China di Itali telah diadakan di Rom baru-baru ini.
Presiden CMG Shen Haixiong menyatakan bahawa tahun ini menyaksikan Sukan Musim Sejuk Milan-Cortina berlangsung dalam tempoh sambutan TBC. Dengan kesempatan ini, CMG menganjurkan Konsert Muzik Filem China-Itali untuk membolehkan rakyat kedua-dua negara meningkatkan persefahaman melalui pertukaran budaya dan mengukuhkan persahabatan, malah menambah elemen baharu ke dalam pertukaran peradaban.
Menteri Sukan dan Belia Itali, Andrea Abodi, menyatakan bahawa acara yang berlatarbelakangkan budaya TBC dan Sukan Musim Sejuk Milan-Cortina ini, menjadi satu temasya yang mengujakan dalam bidang muzik filem klasik, dan dipercayai konfusif bagi pertukaran antara peradaban yang berlainan serta kemajuan bersama.
Dimaklumkan, acara itu antara salah satu daripada siri jerayawara “Prelud Malam Gala Tahun Baru China (TBC) 2026, Penyiaran di Peringkat Global”.













Tinggalkan Balasan