Artikel Xi Mengenai Tugas Utama Gerak Kerja Ekonomi Semasa China Diterbitkan

Sebahagian dari petikan ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengenai Gerak Kerja Ekonomi yang diadakan pada 10 Disember tahun 2025, telah diterbitkan sebagai satu artikel bertajuk “Tugas Utama dalam Gerak Kerja Ekonomi Semasa China” di Jurnal “Qiushi” edisi ke-4 tahun 2026 pada Isnin. 

Dalam artikel itu, Xi menekankan bahawa perlu menonjolkan tunjang dan garis panduan gerak kerja MPP dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2026, menumpu kepada pembinaan pasaran domestik yang kuat yang diterajui permintaan domestik, mempercepat pembangunan yang berpacukan sektor inovatif, dan mencetuskan momentum untuk pembangunan berkualiti tinggi.

Perkara yang lain yang disentuh dalam artikel itu termasuk terus meningkatkan tahap keterbukaan, mendorong kerjasama menang-menang dalam pelbagai bidang, menggalakkan penyelarasan dalam pembangunan bandar dengan kawasan luar bandar serta pembangunan antara daerah, mendorong trasnformasi hijau dengan menyeluruh, meningkatkan kepekaan terhadap rintihan rakyat dan keberhasilan tindakan dalam bidang yang substantif, dan berhemah ketika menangani pelbagai risiko yang wujud dalam bidang utama.