Menteri Luar China, Wang Yi berkata pada Sabtu bahawa di sebalik perkembangan sejarah yang berliku-liku, hubungan China-Amerka Syarikat (AS) tetap mempunyai prospek yang cerah. Wawasan yang berpandukan prinsip-prinsip seperti “saling menghormati, hidup bersama secara damai, dan kerjasama menang-menang”, pasti akan diwujudkan oleh sebab ini satu-satunya pilihan yang tepat bagi kedua-dua pihak.
Wang membuat kenyataan ini ketika membicarakan hubungan China-AS dalam tempoh Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.
Beliau menyatakan bahawa terdapat dua kemungkinan dalam perkembangan hubungan China-AS untuk fasa selanjutnya, iaitu yang pertama, AS melihat China dengan sikap yang objektif dan rasional, melaksanakan dasar proaktif dan politik keberhasilan, bertindak sehaluan dengan China, dan terus memperluas kepentingan bersama. China dan AS cenderung untuk bekerjasama pada masa depan selaras dengan kemaslahatan masyarakat kedua-dua negara bahkan dunia.
Yang kedua, AS mengambil pendirian yang sebaliknya dengan memutuskan hubungan dengan China, menentang China dalam apa jua bentuk pada bila-bila masa, menubuhkan pelbagai blok lawan yang menyasarkan China, malah menghasut dan merancang “kemerdekaan Taiwan” bagi memisahkan China yang dilihatnya sebagai satu garis merah. Akibatnya, kedua-dua negara China dan AS akan terperangkap dalam kancah konfrontasi dan pertelingkahan.













Tinggalkan Balasan