Jadual Pengangkutan Penumpang semasa Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2026 bermula sejak 2 Februari lalu.
Dimaklumkan daripada Kementerian Pengangkutan China, setakat ini, jumlah ketibaan pengembara merentasi wilayah dalam 15 hari pertama sejak pelaksanaan Jadual Pengangkutan tersebut dijangka akan mencatat 3,509,342,000 orang, dengan purata harian seramai 233,956,000 orang, meningkat 4% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.
Setelah memasuki tempoh cuti TBC 2026, iaitu dari 18 hingga 23 Februari, ketibaan pengembara merentasi wilayah dijangka kekal pada paras tinggi, dan dijangka memuncak pada 22 Februari sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sepanjang pelaksanaan Jadual Pengangkutan selama 40 hari dalam sejarah sambutan TBC.













Tinggalkan Balasan