Dasar China tentang pengecualian visa untuk pemegang pasport biasa dari Kanada dan Britain berkuatkuasa bermula 17 Februari. Dengan demikian, pemegang pasport biasa dari kedua-dua negara itu yang datang ke China untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga, pertukaran akademik atau transit tidak melebihi 30 hari boleh masuk wilayah China tanpa visa.
Pada hari pertama pelaksanaan dasar ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di bandar Shanghai telah menyambut ketibaan pengembara kumpulan pertama dari Kanada dan Britain yang menikmati dasar berkenaan.
Semasa cuti Tahun Baru Cina (TBC) 2026, aliran pengembara yang masuk keluar wilayah China melalui lapangan terbang di Shanghai terus meningkat, dengan purata harian penumpang mencecah 113,000 orang. Seiring dengan semakin ramai orang asing memanfaatkan dasar China tentang pengecualian visa, pasaran pelancongan inbound sempena sambutan TBC 2026 dijangka akan semakin dinamik kerana terdapat semakin ramai warga asing memilih mendatangi China untuk tujuan melancong, menziarahi keluarga atau berniaga.
Menurut statistik sejak permulaan tahun 2026, ketibaan pengembara asing yang masuk China melalui pos jabatan imigresen Shanghai mencatat 636,000 orang, meningkat 30.3% tahun ke tahun. Antaranya, yang memasuki China melalui lapangan terbang di Shanghai dengan memanfaatkan dasar pengecualian visa atau dasar transit bebas visa 240 jam, berjumlah seramai 414,000 orang, mewakili 64.6% daripada jumlah keseluruhan pengembara asing yang masuk ke China.













Tinggalkan Balasan