Menurut data terkini yang dikeluarkan Pejabat Statistik Persekutuan Jerman pada Jumaat waktu tempatan, China sekali lagi menjadi rakan dagang paling penting bagi Jerman pada tahun 2025 dengan jumlah import eksport bernilai kira-kira 251.8 bilion Euro (RM1.16 trilion).
Menurut data itu, jumlah import eksport barangan Jerman-China pada tahun 2025 meningkat 2.1 peratus tahun ket ahun. Jabatan tersebut menyatakan bahawa China sentiasa merupakan negara sumber import yang paling penting bagi Jerman sejak tahun 2015. Jumlah produk yang diimport Jerman dari China pada tahun 2025 merekod 170.6 bilion Euro (RM784.5 bilion), manakala jumlah eksportnya ke China mencatat 81.3 bilion Euro (RM373.8 bilion).
Serentak itu, dasar tarif Amerika Syarikat dan pertikaian perdagangan yang terbabit sudah memberikan kesan tertentu kepada perdagangan Jerman-AS. Jumlah perdagangan Jerman-AS pada tahun 2025 menurun 5 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan mencecah 240.5 bilion Euro (RM1.1 trilion), dan eksport Jerman ke AS menyusut 9.4 pertus dengan mencatat 146.2 bilion Euro (RM672.3 bilion).
Dilihat dari keseluruhan, lebihan perdagangan Jerman sepanjang tahun 2025 mencapai 200.5 bilion Euro (RM922 bilion), menguncup sebanyak 42.4 bilion Euro (RM195 bilion) berbanding tahun 2024.













Tinggalkan Balasan