JERTIH, 26 Feb — Seorang pelancong lelaki China disahkan lemas selepas melakukan aktiviti selam permukaan di Teluk Keke, Pulau Perhentian di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata mangsa berusia 68 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti itu bersama-sama rakannya pada 11.40 pagi.
“Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian namun disahkan meninggal dunia. Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rozaime berkata mayat dihantar ke Hospital Besut dan bedah siasat hari ini mengesahkan kematian mangsa akibat lemas.

















Tinggalkan Balasan