Media Asing Puji Ekonomi China Berdaya Tahan

Media asing antaranya ReutersLianhe Zaobao dan Prensa Latina masing-masing menyiarkan laporan mengenai Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China bagi pembangunan ekonomi dan sosial.

Menurut laporan itu, pembangunan berkualiti tinggi antara yang disasarkan China menerusi pelaksanaan FYP, akan memperkukuh asas ke arah mewujudkan modenisasi sosialis pada dasarnya.

Laporan berkenaan memetik data rasmi disiarkan China sebagai berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2025 dengan mengatasi paras 140 trilion yuan (RM80.13 trilion).

Sektor-sektor seperti perbelanjaan dan eksport yang mengekalkan momentum kukuh, turut memaparkan daya tahan dan potensi pertumbuhan ekonomi China, sekali gus menyuntik keyakinan dan unsur kepastian kepada ekonomi global.