KUCHING, 8 Sept — Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) kira-kira 929 kilometer dari Kuching, hari ini.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.
“Helikopter yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang itu sedang menjalankan operasi penerbangan Flying Doctor Service.
“Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” menurut kenyataan itu.














Tinggalkan Balasan