Malaysia Jadi Negara Tetamu Kehormat GDTE ke-5

Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) ke-5 dijadual berlangsung di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada 23 hingga 27 September, dengan Malaysia dan Hungary menjadi negara tetamu kehormat.

Difahamkan, lebih satu pertiga daripada peserta ekspo kali ini merupakan syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI). 

Buat julung kalinya, satu zon khas Token akan diwujudkan dan pangkalan rintis aplikasi AI turut ditampilkan secara kolektif, sekali gus mempamerkan ekosistem inovasi rantaian penuh yang merangkumi model umum, aplikasi industri dan terminal pintar secara menyeluruh.

Sementara itu, pelbagai pertandingan yang memfokuskan kepada sumber terbuka AI, kecerdasan terkandung dan teknologi antara muka otak-komputer (BCI) akan turut diadakan sepanjang tempoh ekspo.

GDTE tahun ini akan menyediakan ruang pameran seluas 170,000 meter persegi dengan lebih 20 peratus daripadanya ditempah pempamer antarabangsa.

Wakil-wakil dari 121 negara dan wilayah serta 29 pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan kehadiran mereka di ekspo berkenaan.