Malam Kewangan anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di bandar Shenzhen, selatan China pada Selasa.
Acara itu menghimpunkan lebih seratus wakil komuniti perniagaan serta ahli ekonomi tempatan dan asing dengan memberi fokus kepada kerjasama saling untung antara entiti ekonomi Asia Pasifik, sekali gus mempamerkan kedinamikan rantau berkenaan dalam integrasi industri, inovasi kolaboratif, ketersambungan pasaran dan kesalinghubungan darat-laut.
Naib Presiden CMG Qi Zhuquan dalam ucapannya berkata pihaknya akan terus mengetengahkan kisah bertemakan keharmonian dalam kepelbagaian serta manfaat bersama di rantau Asia Pasifik, di samping mengumpul pelbagai sumber daripada kerajaan, syarikat, universiti dan institusi penyelidikan serta sektor perniagaan dan inovasi teknologi bagi menyumbang kepada kerjasama rentas sektor yang lebih kukuh.
CMG juga akan berusaha ke arah mewujudkan mekanisme kerjasama jangka panjang yang cekap bagi membantu memupuk ekosistem industri yang terbuka, inklusif dan berdaya tahan di Asia Pasifik, kata beliau.
Sementara itu, Presiden Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-China (USCBC) Sean Stein menyatakan pihaknya sentiasa optimis terhadap pasaran China, sambil berkata urus niaga yang diusahakan syarikat AS di China banyak membantu mereka mengekalkan daya saing di peringkat global.
Beliau turut menyuarakan kesediaan untuk terus menyediakan wadah interaksi dan pertukaran kepada kedua-dua pihak bagi membekalkan lebih banyak keyakinan kepada ekonomi Asia Pasifik pada masa depan.









Tinggalkan Balasan