China akan menghantar utusan khas bagi isu Timur Tengah, Zhai Jun ke rantau berkenaan bagi membantu meredakan ketegangan melalui usaha pengantaraan.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning dalam sidang media pada Khamis.
Mao berkata China amat bimbang terhadap situasi semasa di Timur Tengah dan telah melakukan usaha pengantaraan secara intensif sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbualan telefon secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari beberapa negara antaranya Rusia, Iran, Oman, Perancis, Israel, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Jurucakap itu menegaskan bahawa peningkatan konflik tidak selaras dengan kepentingan mana-mana pihak.
Perang dan tindakan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya dialog dan rundingan merupakan jalan penyelesaian yang tepat.
Pendekatan politik dan diplomasi perlu dikekalkan bagi menangani pertikaian dan perbezaan pendapat, katanya.
Beliau berkata China akan mempergiat usaha pengantaraan dan terus mengekalkan komunikasi dengan pihak-pihak terlibat bagi membina konsensus.













Tinggalkan Balasan