Xi Mahu Kemajuan Mantap Dicapai dalam Inisiatif “China yang Sihat” Semasa Rancangan Lima Tahun ke-15

Presiden China Xi Jinping menziarahi anggota Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Parti Demokratik Petani dan Pekerja, Persatuan Jiusan, kalangan perubatan dan kesihatan, kebajikan dan jaminan sosial, yang menyertai sidang tahunan badan itu di Beijing pada Jumaat.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China mengatakan bahawa membina “China yang Sihat” menjelang tahun 2035 merupakan keputusan strategik yang dibuat Jawatankuasa Pusat PKC. Tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 adalah masa penting untuk mewujudkan sasaran tersebut. 

Oleh itu, menurut Xi, pelbagai pihak berkaitan perlu meningkatkan penyelarasan dan perancangan dalam melaksanakan inisiatif itu.