ISTANBUL, 7 Mac — Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Jumaat memaklumkan pihak pertahanan udaranya telah memintas empat dron di atas gurun Rub’ al Khali (Empty Quarter) yang menuju ke arah Medan Minyak Shaybah di tenggara negara itu, lapor Anadolu Ajansı (AA).
Kementerian itu memaklumkan sistem pertahanan udaranya mengesan dan memusnahkan dron berkenaan sebelum pesawat udara tanpa pemandu itu sampai ke sasaran.
Pihak kementerian juga mengesahkan tiada kerosakan dilaporkan di fasiliti minyak tersebut.













Tinggalkan Balasan