Diplomasi pemimpin negara merupakan penentu arah diplomasi China, kata Menteri Luar Negeri China Wang Yi dalam sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 yang diadakan di Beijing pada hari Ahad.
Menurut jadual pada tahun ini, Presiden China Xi Jinping akan menerima lawatan pemimpin asing, menghoskan beberapa persidangan antarabangsa termasuk Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak China-Negara Arab edisi kedua, serta melakukan lawatan ke beberapa negara.
“Ini sudah pasti akan mendorong hubungan antara China dengan dunia ke arah lebih positif, membuka peluang baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, selain memberi lebih banyak sumbangan kepada keamanan dan pembangunan dunia,” kata Wang.













Tinggalkan Balasan