Dialog ‘China in Springtime’ Berlangsung di New York

Dialog ‘China in Springtime’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di New York pada Jumaat dengan bertemakan ‘pembangunan China, peluang buat dunia’.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan video berkata, sebagai jendela penting untuk memerhatikan negara China pada era baharu, sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) sekali lagi menarik perhatian dunia. Beberapa dokumen penting telah diluluskan dalam persidangan tahun ini antaranya garis panduan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.

Menurut beliau, pelan pelaksanaan pembangunan berkualiti tinggi China turut menyediakan peluang baharu kepada dunia. CMG komited memanfaatkan kelebihan sendiri dan rangkaian penyiaran antarabangsa untuk mendorong hasil modenisasi ala China membawa faedah lebih besar buat dunia.

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng berkata pelaksanaan FYP ke-15 turut membawa ruang lebih besar kepada kerjasama saling untung antara China dan AS. Dengan memegang prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama sama menang, China dan AS boleh menggerakkan hubungan dua hala terus berkembang secara stabil, sihat dan mampan.

Pengerusi Yayasan Kuhn AS, Robert Lawrence Kuhn dalam ucapannya berkata, pembangunan berkualiti tinggi akan terus menjadi keutamaan sepanjang pelaksanaan FYP ke-15 China dan kuasa produktif kualiti baharu bakal menjadi pemacu penting pembangunan pada masa depan.

Menurut beliau, pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia dan kemakmuran dunia juga memerlukan China.

Sesi dialog itu dihadiri hampir seratus wakil daripada komuniti perniagaan, akademik dan media kedua-dua negara.