Pelbagai negara harus mengamalkan “toleransi sifar” terhadap gejala Islamfobia, dengan tegas menentang ideologi ekstremis dan konflik tamadun, melarang hasutan kebencian dan sikap tidak bertoleransi berdasarkan perbezaan agama atau kepercayaan, dan bertindak memupuk budaya kedamaian demi pembinaan masyarakat inklusif.
Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei menyatakan sedemikian ketika menyampaikan ucapan dalam satu mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB sempena “Hari Antarabangsa Memerangi Islamfobia” pada Isnin.
Sun berkata, China berharap mempertingkat lagi koordinasi dan kerjasama dengan agensi berkenaan termasuk Ikatan Tamadun PBB untuk mendorong pelaksanaan resolusi PBB berkenaan dan membantu menangani cabaran yang wujud di peringkat global itu.
“China akan terus bekerjasama dengan negara Islam, meningkatkan pertukaran, saling belajar dengan sikap hormat-menghormati di sebalik tamadun yang berlainan, dan berusaha mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.













Tinggalkan Balasan