Dialog Global “China pada Musim Bunga”Diadakan di Afrika Selatan

Dialog Global yang bertajuk “China pada Musim Bunga: Pembangunan China, Peluang Dunia” anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Cape Town, Afrika Selatan pada Selasa lalu waktu tempatan.

Presiden CMG, Shen Haixiong telah menyampaikan ucapan menerusi video.

Shen berkata, persidangan NPC dan CPPCC tahun ini telah meluluskan sejumlah dokumen penting seperti Rancangan Lima Tahun ke-15. Setiap pelan tindakan pembangunan berkualiti tinggi di China boleh dilihat sebagai pilihan dalam “senarai peluang” baharu untuk dunia. 

Menurut beliau, CMG bersedia dengan memanfaatkan kelebihan milik sendiri dalam bidang multimedia yang bertaraf dunia, inovasi teknologi dan sumber media, membantu meningkatkan kerelevanan pemodenan China dalam landskap dunia.

Sementara itu, Naib Pengerusi Majlis Wilayah Afrika Selatan, Les Govender pula berkata, pelaksanaan dasar sifar tarif China terhadap negara-negara Afrika akan membantu memperluaskan skala perdagangan dua hala, menggalakkan pasaran pekerjaan tempatan dan mencetuskan momentum baharu kepada pembangunan di rantau itu.

Pada acara tersebut, para peserta dari kalangan akademik, perniagaan dan pendidikan Afrika Selatan telah membincangkan secara mendalam mengenai pelbagai topik seperti “Teknologi Memperkasa Pemodenan: Momentum Baharu Kerjasama Inovasi Afrika-China” dan “Pelajari Tamadun Berlainan dan Komunikasi Global: Ruang Baharu Kerjasama Media Afrika-China”.