Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Britain Yvette Cooper pada Khamis, dengan kedua-duanya bertukar-tukar pandangan mengenai situasi terkini di Asia Barat.
Wang berkata konflik di Asia Barat yang semakin meruncing dan meluas bukan sahaja menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau, malah turut memberi kesan kepada sektor tenaga, kewangan, perdagangan dan perkapalan di peringkat global serta kepentingan bersama pelbagai negara.
China menggesa semua pihak yang terlibat agar segera menghentikan operasi ketenteraan, menyelesaikan perbezaan melalui dialog secara sama rata serta bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.
Wang berkata sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China dan Britain perlu meningkatkan komunikasi, mengambil langkah yang kondusif ke arah keamanan, selain bersama-sama mempertahankan prinsip Piagam PBB serta norma asas hubungan antarabangsa.
Dalam perbualan itu, Cooper menzahirkan kesediaan Britain untuk meningkatkan komunikasi dengan China bagi menamatkan konflik secepat mungkin, memulihkan rundingan diplomatik, serta mencari penyelesaian jangka panjang.













Tinggalkan Balasan