Dialog global bertemakan “China in Springtime: China’s Development Opportunities for the World” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Besar China di Brazil telah diadakan di Brasilia, Brazil pada Rabu.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping ketika berucap di persidangan NPC dan CPPCC tahun ini pernah menegaskan pentingnya untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan, meneroka pasaran di peringkat global, dan merancakkan kesalinghubungan antara “kitaran domestik” dengan “kitaran antarabangsa”. Ini sekali lagi menggambarkan keazaman negara ini untuk memperhalusi pelaksaaan dasar “pintu terbuka”.
Shen berkata, dengan memanfaatkan kelebihan milik sendiri sebagai badan media bertaraf dunia, CMG akan proaktif dalam membantu meningkatkan kerelevanan pembangunan moden China dalam landskap dunia, serta berkongsi peluang-peluang baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi China dengan rakan-rakan di seluruh dunia.
Turut hadir, seramai kira-kira 120 tetamu dari kalangan politik, perniagaan, akademik dan media di Brazil.













Tinggalkan Balasan