Dialog Global “China in Springtime” Diadakan di Moscow

Dialog global bertemakan “China in Springtime: China’s Development Opportunities for the World” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan Pusat Kebudayaan China Moscow telah diadakan di Moscow, Rusia pada Khamis.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya menyatakan bahawa sebuah tinjauan umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) di bawah CMG menunjukkan sebanyak lebih 80 peratus responden memberi pujian bahawa “China yang mengamalkan konsep pembangunan ekonomi dengan berkualiti tinggi berperanan sebagai pembimbing trend pembangunan ekonomi dunia”, dan membawa kestabilan yang berharga dan tenaga positif kepada dunia yang bergolak pada masa kini.

Shen berkata, Presiden China Xi Jinping ketika berucap di persidangan NPC dan CPPCC tahun ini pernah menegaskan pentingnya untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan, meneroka pasaran di peringkat global, dan merancakkan kesalinghubungan antara “kitaran domestik” dengan “kitaran antarabangsa”. Ini sekali lagi menggambarkan keazaman negara ini untuk memperhalusi pelaksaaan dasar “pintu terbuka”.

Shen menambah, dengan memanfaatkan kelebihan milik sendiri sebagai badan media bertaraf dunia, CMG akan proaktif dalam membantu meningkatkan kerelevanan pembangunan moden China dalam landskap dunia, serta berkongsi peluang-peluang baharu dalam pembangunan berkualiti tinggi China dengan rakan-rakan di seluruh dunia.

Turut hadir, seramai kira-kira 200 tetamu dari kalangan politik, akademik dan media di Rusia.