Filem Once Upon a Time in the Middle East dipilih untuk mewakili China bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-99.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun rasmi Weibo filem berkenaan pada Rabu.
Berlatarbelakangkan rantau Asia Barat, filem itu mengisahkan kehidupan masyarakat biasa yang terperangkap dalam kancah peperangan, sekali gus mengetengahkan hakikat bahawa tiada siapa terkecuali daripada kesan konflik berkenaan.
Filem itu turut mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kutipan tiket pawagam melebihi 2.3 bilion yuan (RM1.4 bilion) sejak mula ditayangkan pada 11 Ogos lepas.
Pakar industri menyifatkan filem berkenaan sarat dengan mesej keamanan, menolak peperangan serta kepentingan melindungi kanak-kanak.
Penyampaian emosi menerusi filem itu juga mampu memupuk empati dan persefahaman merentas budaya, sekali gus menjadikannya medium penting dalam memperkukuh pertukaran budaya antara China dengan negara lain.
Dekan Sekolah Kewartawanan di Universiti Fudan, Zhou Baohua menyatakan bahawa filem berkenaan mengetengahkan budaya China serta aspirasi terhadap keamanan menerusi perspektif kehidupan masyarakat biasa.
Beliau berkata pemilihan Once Upon a Time in the Middle East untuk mewakili China ke Oscar juga selaras dengan harapan para penonton.










Tinggalkan Balasan