Menteri Perdagangan China Terima Kunjungan CEO Apple

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook pada Jumaat. Kedua belah pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) serta operasi dan pembangunan Apple di China.

Wang Wentao menyatakan bahawa sebelum ini, kumpulan perunding perdagangan kedua-dua pihak China dan AS telah mengadakan dialog dan rundingan sebanyak enam pusingan sehingga mencapai sejumlah konsensus penting.

Wang menekankan bahawa China konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, dan berusaha membangunkan rantaian industri dan rantaian bekalan yang stabil, tahan lasak, mesra alam dan inovatif. Pihaknya berharap Apple mengekalkan keyakinan terhadap pembangunan di China dan berkongsi peluang dari pembangunan China.

Cook menyatakan bahawa Apple terus memperdalam kerjasama inovasi, pembangunan mesra alam dan penyelarasan rantaian industri di China, yang sehaluan dengan arah “Rancangan Lima Tahun ke-15” China. Apple berharap hubungan perdagangan antara Beijing dengan Washington kekal stabil dan berkembang.