Kumpulan Pemimpin PKC Kaji Peraturan Kerja Jawatankuasa Tempatan Parti

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat pada Jumaat,untuk mengkaji Peraturan Kerja Jawatankuasa Tempatan PKC. 

Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Dalam mesyuarat itu ditegaskan, jawatankuasa Parti di peringkat tempatan perlu mengamalkan konsep pembangunan baharu secara menyeluruh, mempergiat pembangunan berkualiti tinggi, berusaha menjamin dan menambah baik kehidupan rakyat, selain sedaya upaya untuk memelihara keselamatan negara dan ketenteraman masyarakat. 

Selain itu, menurut mesyuarat tersebut, pandangan pencapaian politik yang betul perlu dibina dan diamalkan. Pencapaian tersebut perlu diperkasa demi rakyat melalui usaha gigih supaya ia dapat diuji oleh rakyat dan sejarah.