Sri Lanka Sedia Tingkatkan Kerjasama Pelancongan dengan China

Seiring dengan dasar visa yang semakin dilonggarkan antara China dengan Sri Lanka, kerjasama kedua-dua negara dalam sektor pelancongan pasti akan ditingkatkan ke tahap lebih tinggi. 

Perdana Menteri Sri Lanka Dr. Harini Amarasuriya berkata demikian ketika menerima wawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

“Saya berharap lebih banyak pelancong China melancong ke Sri Lanka, dan pada masa sama saya juga percaya lebih ramai orang Sri Lanka juga berpeluang untuk melawat ke China.

“Seperti saya lihat dan alami di China, saya yakin rakyat Sri Lanka akan berminat untuk melancong ke China dan jatuh cinta dengan negara Temboh Besar ini,” kata Amarasuriya.