CICPE ke-6 Berlangsung di Hainan, Lebih 200 Produk Baharu Dilancar

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) ke-6 berlangsung di Hainan pada 13 hingga 18 April.

Pada masa sama, pusat media ekspo berkenaan juga akan dibuka secara rasmi pada petang ini.

Edisi kali ini menampilkan lapan dewan pameran utama yang memberi tumpuan kepada trend penggunaan baharu seperti produk hijau, kesihatan serta teknologi digital pintar.

Dijangka lebih 200 produk baharu akan dilancarkan sepanjang ekspo tersebut, iaitu peningkatan satu kali ganda berbanding tahun lalu.