Aktiviti budaya ‘Chinese Language Shining Civilizations’ anjuran bersama Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di ibu pejabat PBB di New York pada Isnin.
Difahamkan, aktiviti berkenaan dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Bahasa Cina PBB ke-17.
Wakil Tetap China ke PBB Fu Cong berkata bahasa Cina, salah satu daripada enam bahasa rasmi PBB, merekodkan perkembangan PBB serta jalinan kerjasama antara China dengan PBB.
Beliau menyifatkan bahasa Cina sebagai jambatan penting yang mempamerkan dan memperjelas cita-cita tinggi serta tindakan konkrit berhubung multilateralisme kepada dunia.
Menurut beliau, sambutan Hari Bahasa Cina adalah cerminan kesungguhan dalam melaksanakan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan memperkasa interaksi dan saling belajar sesama tamadun.
Sementara itu, Presiden CMG Shen Haixiong menerusi ucapannya menyatakan bahawa CMG akan memanfaatkan jaringan penyiaran global untuk memaparkan negara China secara menyeluruh dan menyebarkan kebijaksanaan Timur bagi menggalakkan dialog sesama tamadun di peringkat antarabangsa.













Tinggalkan Balasan