WASHINGTON, 16 April — Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyekat usaha Parti Demokrat yang bertujuan mengehadkan kuasa perang Presiden Donald Trump terhadap Iran, lapor Anadolu Ajansi.
Usul kuasa perang yang dikemukakan Senator Tammy Duckworth ditolak menerusi undian 52 menentang berbanding 47 menyokong.
Terdahulu, Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer berikrar untuk terus memberi tekanan, sambil memberi amaran bahawa pengundian berulang akan diteruskan sekiranya Republikan sekali lagi menghalang usul itu.
“Jika Republikan mengundi ‘tidak’ sekali lagi, kami akan terus memaksa pengundian terhadap resolusi-resolusi ini setiap minggu sehingga perang ini berakhir atau Republikan mempunyai keberanian untuk bangkit menentang Donald Trump,” kata beliau.
Seramai 13 anggota tentera AS terbunuh sejak Operasi Epic Fury terhadap Iran bermula pada 28 Feb.













Tinggalkan Balasan