WASHINGTON, 17 April — Harga petrol di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) mungkin melonjak melebihi US$6 segelen susulan konflik di Asia Barat, kata pengarah syarikat Navigator Principal Investors, Kyle Shostak, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Purata harga petrol di pam dijangka berada pada paras puncak yang sudah biasa dilihat, iaitu antara US$4.15 hingga US$6.50 segelen, bergantung pada negeri.
“Saya tidak fikir ia akan meningkat dengan ketara walaupun tindakan ketenteraan disambung semula, kerana ia sudahpun turun naik pada paras yang sama ketika kemuncak perang,” kata Shostak.
Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, yang mengakibatkan kerosakan dan korban awam.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.
Peningkatan ketegangan itu hampir melumpuhkan trafik di Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global, sekali gus mendorong kenaikan harga bahan api.
Pada 7 April, Washington dan Tehran mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu.
Rundingan di Islamabad berakhir tanpa sebarang keputusan.
Walaupun tiada pengumuman mengenai penyambungan semula permusuhan, AS memulakan sekatan ke atas pelabuhan Iran.













Tinggalkan Balasan