COLOMBO, 20 April — Naib Presiden India C P Radhakrishnan dan Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake pada Ahad membincangkan cadangan menghubungkan India dan negara kepulauan itu menerusi saluran paip minyak, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) memetik Setiausaha Luar India Vikram Misri.
Menurut Press Trust of India, Radhakrishnan dan Dissanayake turut mengadakan perbincangan yang konstruktif mengenai usaha memperkukuh lagi hubungan dua hala pelbagai dimensi, projek perumahan serta isu nelayan antara dua negara jiran Asia Selatan itu.
“Beberapa inisiatif dari pihak India sedang dilaksanakan dan beberapa cadangan juga telah dibincangkan antara kedua-dua negara.
“Antaranya ialah projek berkaitan hab tenaga di Trincomalee serta cadangan menghubungkan India dan Sri Lanka menerusi saluran paip minyak,” kata beliau.













Tinggalkan Balasan