Siri acara “Hari Bahasa China Antarabangsa 2026” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan di persada dunia membabitkan lima benua baru-baru ini.
Siri acara yang bertemakan “Pembelajaran Bahasa China dan Penyebaran Budaya China di Sebarang Laut melalui Pendekatan Teknologi Inovatif” ini, telah menyediakan peluang kepada pengunjung asing untuk mengambil bahagian dalam penghasilan program khas CMG, mencuba produk interaktif kecerdasan buatan (AI) pelbagai bahasa dan produk media baharu “Belajar Bahasa China dengan Mudah”, menonton karya visual yang menekankan “Pemikiran+Seni+Teknologi”, serta menyertai bengkel interaktif tentang warisan budaya tidak ketara yang diberi nafas baharu dalam pelbagai bentuk.
Para pengunjung asing yang kebanyakan merupakan pelajar bahasa China dan peminat budaya China yang datang atas undangan teruja kerana dapat merasai keindahan bahasa China, kehebatan produk pintar buatan China dan budaya China yang mempesona.













Tinggalkan Balasan