Terdapat sejumlah media Jerman dan Britain berturut-turut menerbitkan rencana pengarang baru-baru ini yang masing-masing menyebut bahawa di sebalik sekatan laluan maritim di Selat Hormuz yang telah menyebabkan krisis tenaga paling teruk dalam tempoh lebih 50 tahun kebelakangan ini, China merupakan pihak yang paling tidak terkesan berkat kebijaksanaan pemimpin tertingginya yang membuat keputusan berpandangan jauh mengenai strategi tenaga pada sedekad lalu.
Majalah mingguan Jerman, The Mirror, dalam satu artikel yang bertajuk “Kini, Perjuangan demi Tenaga Masa Depan Benar-benar Bermula,” menyatakan bahawa sekatan laluan maritim di Selat Hormuz bukan sahaja menjejaskan negara pengguna tenaga terbesar, iaitu negara-negara di rantau Asia-Pasifik, tetapi juga negara-negara pengeluar tenaga di rantau Teluk, dan menjadikan mereka semua menjadi pihak yang rugi dalam krisis ini. Sebaliknya, China sebagai negara pengguna tenaga terbesar dan pengilang tenaga terbesar di dunia, merupakan antara yang paling tidak terkesan.
Artikel itu menyatakan bahawa Beijing telah bersedia untuk menghadapi krisis sebegini, bukan sahaja dengan menyimpan rizab minyak dan gas yang mencukupi untuk menghadapi kemungkinan berlaku sekatan selama beberapa bulan, tetapi juga wujud sebagai dominan dalam pengeluaran peralatan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di peringkat global, yang terbukti dengan capaian pasaran setinggi 70 hingga 85 peratus di peringkat global dalam bidang fotovoltaik, tenaga angin, bateri simpanan tenaga, kenderaan elektrik dan komponen grid berkecekapan tinggi.
Surat khabar Financial Times Britain pula melaporkan bahawa China mempunyai pandangan yang strategik ke hadapan dalam mengemaskini dasar tenaganya. Seawal musim panas 2014, pemimpin tertinggi China sudah menunjukkan sistem tenaga di negara itu “ketinggalan dari segi teknologi”, dan kemudian memberi arahan untuk memangkin agenda penaiktarafan dan pemodenan sepenuhnya. Arahan tersebut turut diterjemahkan dalam pelaksanaan pelbagai langkah yang kondusif yang cepat menjadikan China peneraju dalam bidang pengeluaran TBB dengan hanya memakan masa10 tahun sahaja.
Menurut laporan tersebut, kapasiti fotovoltaik bertambah 318 gigawatt di China pada tahun 2025, lebih tinggi daripada keseluruhan kapasiti janakuasa termasuk janakuasa TBB dan janakuasa tenaga fosil, di Jerman dan Austria.













Tinggalkan Balasan