China dan Mozambique komited untuk meningkatkan hubungan bilateral kepada komuniti berkongsi nasib pada era baharu.
Kesepakatan itu dicapai menerusi rundingan antara Presiden China Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Mozambique, Daniel Francisco Chapo di Beijing pada Selasa.
Xi dalam rundingan itu menzahirkan kesediaan China untuk memperkasa penyelarasan strategi pembangunan, menginovasi model kerjasama, di samping meneroka jalan baharu kerjasama melibatkan infrastruktur, tenaga dan perlombongan.
Selain itu, China juga berhasrat memupuk titik pertumbuhan baharu kerjasama dengan Mozambique dalam bidang seperti pertanian, tenaga baharu, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Tambah beliau, konflik yang berlaku di Asia Barat turut membawa impak kepada negara-negara Afrika.
Justeru China bersedia berganding bahu dengan Afrika untuk menangani cabaran berkenaan, menggalakkan kedamaian dan mewujudkan pembangunan.
Sementara itu, Chapo berkata pihaknya berhasrat meningkatkan solidariti dan persahabatan dengan China berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling mempercayai, di samping merapatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pertanian, tenaga dan sebagainya.
Beliau turut memberi penghargaan kepada pelaksanaan hasil Sidang Kemuncak Beijing Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) dan dasar bebas tarif China kepada negara Afrika.
Menurut beliau, hal itu turut memberi dorongan kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara Afrika.













Tinggalkan Balasan