Satu kempen kesedaran yang dilancarkan Parti Komunis China (PKC) mengenai pengemaskinian “Kriteria Penilaian Prestasi Tadbir Urus” telah menarik perhatian media di arena antarabangsa. Terdapat sejumlah badan media asing yang menganggap bahawa langkah ini menyampaikan isyarat ketara, iaitu China kekal mengutamakan kepentingan rakyat, memacu pembangunan berkualiti dan memastikan kekonsistenan dan kelangsungan dalam pelaksanaan pelbagai dasar, dan kesemua ini dilihat holistik dan boleh dirujuk dalam senario global.
Pemimpin tertinggi China, Xi Jinping pernah mengatakan bahawa prestasi tadbir urus yang paling baik adalah membawa kesejahteraan untuk rakyat, dan keputusan penilaian yang meniti di bibir rakyat patut dijadikan kriteria penilaian prestasi perkaderan.
Terdapat satu artikel di laman sesawang Observatorio de la Política China Sepanyol yang berpendapat bahawa kerelevanan rakyat pada aspek rezeki, kebahagiaan dan keselamatan ditetapkan PKC sebagai kriteria penilaian presrtasi tadbir urus. Membantu ratusan juta orang membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan merupakan satu pencapaian yang holistik yang membuktikan masalah hidup rakyat lebih diutamakan daripada petunjuk pertumbuhan ekonomi.
Xi pernah menekankan “pembangunan berkualiti tinggi dijadikan satu kriteria utama untuk menilai prestasi tadbir urus”, dan “pembangunan ekonomi yang efisien, berkualiti dan mampan” patut dijadikan sasaran perjuangan.
Akhbar Lianhe Zaobao Singapura melalui satu rencana pengarang menyatakan bahawa sudah muncul satu perubahan ketara tentang kriteria penilaian prestasi tadbir urus di China, iaitu kadar pertumbuhan Keluran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak dilihat sebagai yang paling penting.
Reuters Britain melalui satu rencana pengarang mengulas bahawa China menyasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus bagi tahun 2026, memberi tumpuan terhadap kualiti pembangunan, dan menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi melalui inovasi teknologi dan merangsang penggunaan.
Xi juga pernah menekankan ketekunan dalam setiap gerak kerja dan menuntut golongan perkaderan menyemarakkan semangat ‘memaku’ dalam meneruskan pelaksanaan setiap tugasan dalam tempoh perkhidmatan penggal demi penggal malah generasi demi generasi.
Kestabilan dan kesinambungan pelaksanaan pelbagai dasar di China justeru mencerminkan arahan tersebut, yang sudah diterjemahkan di peringkat akar umbi sebagai kriteria penilalian prestasi tadbir urus untuk golongan perkaderan.













Tinggalkan Balasan