Kementerian Perdagangan China menyuarakan kebimbangan serius terhadap Rang Undang-Undang (RUU) “Akta Penggalak Industri” Kesatuan Eropah (EU), dengan menyatakan ia berpotensi mewujudkan halangan pelaburan dan amalan diskriminasi terhadap pelabur asing.
Jurucakap kementerian tersebut memaklumkan, China telah mengemukakan pandangan rasmi kepada Suruhanjaya EU pada 24 April lalu, bagi menjelaskan pendirian dan kebimbangan China terhadap rang undang-undang tersebut.
Menurut kenyataan tersebut, RUU tersebut mengenakan pelbagai sekatan dan syarat ketat terhadap pelaburan asing dalam sektor strategik baharu seperti bateri, kenderaan elektrik, tenaga solar dan bahan mentah kritikal.
Selain itu, dasar berkaitan perolehan dan sokongan kerajaan turut memasukkan klausa eksklusif “asal EU”, yang disifatkan sebagai halangan pelaburan dan diskriminasi institusi.
Pihak China akan memantau dengan teliti terhadap proses penggubalan akta tersebut, dan bersedia untuk mengadakan perbincangan serta dialog dengan pihak EU.
Sekiranya pihak EU mengabaikan cadangan China dan tetap meneruskan penggubalan akta tersebut sehingga menjejaskan kepentingan syarikat-syarikat China, pihak China tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan balas demi menjaga hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat China.













Tinggalkan Balasan