Naib PM ke Hunan, Pantau Operasi Menyelamat Insiden Letupan Kilang Mercun

Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing tiba di Liuyang, provinsi Hunan pada Selasa bagi menyelaras dan memantau operasi menyelamat susulan insiden letupan yang berlaku di sebuah kilang mercun yang mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang.

Beliau mengetuai delegasi pegawai daripada beberapa jabatan kerajaan, atas arahan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang.

Zhang berkata Presiden Xi berulang kali menegaskan bahawa keselamatan nyawa dan harta benda rakyat adalah menjadi keutamaan.

Beliau turut mengarahkan untuk mempertingkat usaha mencari dan menyelamat dengan menggerakkan pasukan profesional bagi menjalankan operasi berkaitan secara saintifik dan menyeluruh.