Menteri Luar China, Wang Yi menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi di Beijing pada Rabu.
Dalam pertemuan tersebut, Wang berkata, Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan empat cadangan bagi mendorong perdamaian dan kestabilan di rantau Asia Barat dan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Ujarnya, China menyokong tindakan Iran memelihara kedaulatan dan keselamatan negara serta turut memuji negara itu kerana bersedia menyelesaikan masalah melalui saluran diplomatik.
Mengulas lanjut, Wang berkata China merupakan rakan strategik yang boleh dipercayai oleh Iran, dan bersedia bersama Iran untuk mengukuhkan kepercayaan politik, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperkasakan kerjasama menang-menang dalam pelbagai bidang, serta mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Iran maju ke depan.
Sementara itu, Araghchi menyatakan bahawa pihaknya menyanjung tinggi dan menerima empat cadangan yang dikemukakan Presiden Xi bagi memelihara dan mendorong kedamaian dan kestabilan serantau.
Malah Iran turut memuji China yang sentiasa berada di pihak yang menjunjung keadilan serta berusaha untuk mengelakkan situasi daripada terus meruncing.
Katanya, Iran yakin pada China, dan berharap China dapat terus memainkan peranan positif bagi menghentikan peperangan dan mewujudkan kedamaian.













Tinggalkan Balasan