Pengasas CNN Ted Turner Meninggal Dunia Pada Usia 87 – Laporan

WASHINGTON, 6 Mei — Pengasas CNN Ted Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, menurut laporan stesen penyiar itu pada Rabu yang memetik kenyataan daripada Turner Enterprises, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Laporan itu tidak memberikan butiran mengenai punca kematian.

Turner merupakan seorang usahawan, penerbit televisyen dan dermawan dari Amerika Syarikat (AS).

Pada 1980, beliau menubuhkan CNN, saluran berita kabel 24 jam pertama di dunia.