Pelaksanaan dasar tarif sifar oleh China membolehkan barangan dari Afrika menembusi pasaran negara Tembok Besar yang berskala besar.
Demikian dinyatakan Presiden Sierra Leone, Julius Maada Bio dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
China memberikan layanan tarif sifar kepada kesemua 53 negara Afrika yang menjalin hubungan diplomatik dengannya bermula 1 Mei 2026.
Bio menyifatkan perkara itu sebagai cerminan kekukuhan hubungan antara kedua-dua pihak.
Beliau berpendapat bahawa pembangunan dan persahabatan tidak bercanggah antara satu sama lain.
“Ketika mengecapi hasil pembangunan sendiri, China juga membawa rakan-rakannya bersama-sama bergerak ke hadapan. Hal ini akan menjadikan dunia lebih aman,” ujar beliau.
China telah melakar kejayaan besar dalam tempoh hampir lima dekad lalu, kata Bio sambil menambah bahawa pengalaman China dalam memacu pembangunan negara boleh ditimba Sierra Leone.












Tinggalkan Balasan