Di dalam kehidupan seharian, tersimpan kasih sayang yang mendalam dari ibu.
Pada Januari 1969, Xi Jinping yang berumur tak sampai 16 tahun membawa bagasinya meninggalkan Beijing dan pergi ke Liangjiahe, utara provinsi Shaanxi.
Anak yang merantau ke tempat jauh amat dirindui ibu.
Ibu Xi Jinping, Qi Xin, telah menjahit sebuah beg kecil untuk beliau, serta menyulam tiga perkataan di atasnya: Hati Ibu.

(Gambar: Pada musim sejuk 1972, Qi Xin bersama-sama anak-anaknya.)
Selama tujuh tahun berkhidmat di Liangjiahe, beg kecil itu sentiasa dibawa oleh Xi Jinping, dan turut menjadi saksi perkembangan serta kemajuannya.

(Gambar: Beg yang dijahit oleh Qi Xin untuk Xi Jinping.)
Pada tahun-tahun itu, Xi Jinping dan ibunya jarang dapat berjumpa. Walaupun ibu dan anak berjauhan ribuan batu, “Hati Ibu” sentiasa menemaninya.

(Gambar: Pada awal 1947, bapa Xi Jinping, Xi Zhongxun dan Qi Xin bergambar bersama di Yan’an.)
Qi Xin bukan sahaja seorang ibu yang penyayang, tetapi juga seorang revolusioner yang menempuh ujian semasa peperangan. Beliau pernah berkhidmat di peringakt akar umbi di kawasan sempadan Shaanxi-Gansu-Ningxia selama bertahun-tahun, dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan rakyat tempatan.
Kakitangan di pejabat Xi Zhongxun berkata, Qi Xin amat mendisiplinkan diri dari kehidupan dan kerja.
Ajaran dan teladan Qi Xin sentiasa memberi pengaruh yang mendalam kepada anaknya Xi Jinping.
Dari kawasan utara provinsi Shaanxi ke kaunti Zhengding di provinsi Hebei, Xi Jinping sentiasa membawa sehelai tilam tipis yang banyak bertampal.
Lebih seratus tampal pada tilam itu adalah dijahit oleh Qi Xin dengan menggunakan kain baju yang lama.
Seorang pegawai di kaunti Zhengding melihat tilam bertampal itu, lalu ingin membeli sehelai kain baharu untuk membuat tilam untuk Xi, namun ditolak oleh beliau. Xi berkata, “Tak usalah, tilam ini dah cukup baik”.

(Gambar: Qi Xin berjalan-jalan ditenami Xi Jinping.)
Xi Jinping berbangga kerana dilahirkan di keluarga revolusioner yang mengamalkan pendidikan dan tradisi revolusi yang baik.
Beliau sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat di tempat keutamaan, dan berpegang kepada prinsip “membawa manfaat kepada rakyat adalah pencapaian politik yang terbesar”, “Menyayangi rakyat seumpama menyayangi ibu bapa sendiri, berusaha untuk kepentingan rakyat dan memimpin rakyat ke kehidupan yang lebih baik.”

(Gambar: Di pejabat Xi Jinping diletakkan banyak gambar tentang keluarganya.)
Pada Tahun Baharu China (TBC) 2001, Xi Jinping yang menjawat jawatan Gabenor Provinsi Fujian pada ketika itu tidak dapat pulang ke rumah untuk menyambut perayaan tradisional itu dengan keluarganya.
Kata-kata ibunya menerusi telefon amat sederhana namun penuh menyentuh hati: “Anakku mempunyai begitu banyak kerja kerana keperluan tugas, ibu sangat gembira. Yang penting bukan sama ada kamu dapat pulang atau tidak, selagi kamu menjalankan tugas dengan baik, itulah bakti yang paling besar kepada ibu dan bapa. Ibu akan sentiasa menyokong kamu.”
Cinta yang paling mendalam di dunia bukan sahaja tersemat di dalam bungkusan jahitan kecil itu, tetapi juga dalam kerinduan dari jauh.













Tinggalkan Balasan