Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Khaled El-Enany di Beijing pada Selasa.
Peng selaku utusan khas UNESCO bagi kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, menzahirkan kesediaan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan dan memperkukuh kerjasama dengan UNESCO untuk memajukan pendidikan golongan berkenaan di peringkat global.
Sementara itu, El-Enany menyatakan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Peng yang didedikasikan kepada pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita sejagat.
Beliau turut menyuarakan hasrat memperkasa pertukaran dan kerjasama dengan China untuk melakar pencapaian baharu dalam usaha berkenaan.













Tinggalkan Balasan