Wang Yi Perkenal Hasil Pertemuan Xi, Trump

Menteri Luar China Wang Yi membuat kesimpulan tentang hasil pertemuan antara pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) dalam taklimat media pada Jumaat.

Wang berkata, kedua-dua pemimpin mencapai kata sepakat untuk membina hubungan China-AS berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif, sebagai panduan strategik untuk hubungan bilateral dalam tempoh tiga tahun akan datang dan seterusnya.

Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengekalkan hubungan rapat melalui mesyuarat, panggilan telefon atau pertukaran surat, kata beliau sambil menambah bahawa Presiden Xi dijemput membuat lawatan rasmi ke AS musim luruh ini.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mendalam mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan, sekali gus menentukan hala tuju kolaborasi dua negara dalam bidang berkenaan.

Wang memetik kenyataan Presiden Xi sebagai berkata, saling untung dan sama menang adalah inti pati hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS, dan rundingan yang sama rata merupakan satu-satunya pilihan tepat bagi menangani percanggahan dan pergeseran.