Komuniti Antarabangsa Perlu Bertindak Pertahan Keadilan: Duta China

Duta China menggesa komuniti antarabangsa supaya menghadapi punca asas isu Palestin dan mengambil tindakan tegas untuk membetulkan ketidakadilan sejarah dan mempertahankan kesaksamaan.

Gesaan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sun Lei bersempena dengan Hari Nakba pada Jumaat.

Beliau menegaskan bahawa formula ‘penyelesaian dua negara’ merupakan satu-satunya jalan keluar bagi isu Palestin.

China berpendirian konsisten dalam mendukung perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah, dan juga menyokong Palestin menjadi anggota penuh PBB.

China menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, ujar beliau.