Xi, Putin Bertemu di Beijing, Komited Perkukuh Hubungan China-Rusia

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu. 

Dalam pertemuan itu menyaksikan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk melanjutkan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Kejiranan China-Rusia. 

Kedua-dua pemimpin turut mengadakan perbincangan dalam skala kecil dan besar secara berturutan. 

Xi menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu memfokuskan kepada matlamat pembangunan dan kebangkitan bangsa masing-masing, memanfaatkan sepenuhnya ciri mekanisme kerjasama China-Rusia yang menyeluruh dan lengkap, serta mendorong peningkatan kualiti dan peningkatan tahap dalam kerjasama praktikal termasuk ekonomi dan perdagangan, pelaburan, sumber tenaga dan sumber lain, pengangkutan, serta inovasi sains dan teknologi.

Selain itu meningkatkan kerjasama dan pertukaran sosiobudaya yang melibatkan bidang pendidikan, kebudayaan, filem, pelancongan dan sukan. 

Kedua-dua pihak juga perlu memperdalam koordinasi pelbagai hala serta mengeratkan koordinasi dan kerjasama di platform multilateral termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), BRICS, dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Sementara itu, Putin menyatakan bahawa Rusia bersedia bersama-sama dengan China mematuhi semangat Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Kejiranan China-Rusia, memperkukuh koordinasi strategik dan kerjasama praktikal, serta mendorong hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut laporan lain, kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat serta isu-isu antarabangsa dan serantau.

Xi dan Putin juga sempat bertemu dengan wartawan selepas pertemuan itu berakhir.

Untuk rekod, Xi Jinping telah mengadakan majlis sambutan untuk Putin di dataran luar pintu timur Dewan Rakyat Besar sebelum pertemuan berlangsung.