35 Lagi Kapal Melalui Selat Hormuz Dengan Penyelarasan Tentera Laut  IRGC

TEHRAN, 23 Mei — Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memaklumkan 35 kapal termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal dagang lain melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas selepas mendapat kebenaran serta penyelarasan keselamatan penuh, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

IRGC pada Jumaat memaklumkan bahawa meskipun wujud ketidaktenteraman akibat pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz,  pasukan tentera lautnya berjaya mewujudkan laluan perairan selamat bagi perkapalan dan kesinambungan perdagangan global.

Selain itu, Tentera Laut IRGC pada Khamis turut melaporkan 31 kapal melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan pasukan tenteranya.