Sesi Tayangan Filem China Dilancar di Afrika Selatan

Sesi tayangan filem ‘Reel China‘ dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan pada Selasa.

Majlis pelancaran dihadiri lebih 100 wakil komuniti budaya, pengamal media, pelajar tempatan serta perantau China di negara itu.

Acara anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu merupakan antara aktiviti pertukaran budaya penting yang dilaksanakan di bawah kerangka Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika 2026.

Difahamkan, dua filem blokbuster China ‘Pegasus 3′ dan ‘Blades of the Guardians’ ditayangkan kepada masyarakat tempatan sempena aktiviti berkenaan.

Duta China ke Afrika Selatan, Wu Peng berkata filem terbitan China makin mendapat tempat di hati penonton Afrika Selatan dan negara itu menjadi jendela penting yang membolehkan rakyat benua Afrika berpeluang mengenali filem negara Tembok Besar.

Sementara itu, ketua biro CMG di Afrika, Song Jianing menyatakan harapan supaya karya filem menjadi medium bagi memperkukuh tali persahabatan yang terjalin antara rakyat berlainan tamadun.