Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji mengadakan lawatan ke Kazakhstan selama tiga hari bermula 25 Mei.
Semasa lawatan berkenaan, Zhao bertemu Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dan mengadakan perbincangan secara berasingan dengan Pengerusi Senat, Maulen Ashimbayev dan Speaker Mazhilis, Yerlan Koshanov.
Ketika bertemu Presiden Tokayev, Zhao berkata China bersedia bekerjasama dengan Kazakhstan untuk saling menyokong dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras satu sama lain.
Beliau menyeru kedua-dua negara supaya memantapkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menjayakan aktiviti Tahun Pertukaran Budaya China-Kazakhstan dan meningkatkan lagi persefahaman dalam kalangan rakyat.
Sinergi juga perlu dibentuk untuk memperkukuh koordinasi di bawah kerangka pelbagai hala serta menegakkan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, tambah beliau.
Dalam perbincangan dengan Ashimbayev dan Koshanov, Zhao menyatakan harapan agar badan perundangan kedua-dua negara memperkukuh pertukaran di pelbagai peringkat dan menyediakan jaminan undang-undang kepada kerjasama dua hala.













Tinggalkan Balasan