China dan Eropah merupakan rakan ekonomi dan dagangan penting yang sama rata dan saling menguntungkan. Kesatuan Eropah (EU) diharap mematuhi peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), mempertahankan perdagangan bebas dan persaingan adil, serta menolak dengan tegas proteksionisme dan unilateralisme.
Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China ketika diminta mengulas sesi pleno Suruhanjaya Eropah mengenai hubungannya dengan China.
Beliau menegaskan bahawa sekiranya pihak EU berkeras memperkenalkan peralatan perdagangan baharu dan mengamalkan sekatan bersifat diskriminasi, maka China akan tidak berganjak mengambil tindakan balas yang sewajarnya serta melaksanakan langkah-langkah berkesan untuk melindungi kepentingan diri.












Tinggalkan Balasan