China Lancar Satelit Ujian Teknologi Internet Baharu

China berjaya melancarkan satelit ujian teknologi internet ke angkasa dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di provinsi Sichuan, barat daya negara ini, pada Ahad.

Satelit yang dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March-2D pada pukul 2.07 awal pagi telah berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.

Satelit berkenaan akan digunakan untuk ujian teknikal dan pengesahan termasuk sambungan langsung antara jalur lebar dengan telefon bimbit, serta integrasi rangkaian komunikasi antara angkasa dan Bumi.

Untuk rekod, ini merupakan misi penerbangan kali ke-646 bagi roket pembawa siri Long March.